ارسل ملاحظاتك

ارسل ملاحظاتك لنا







Analisis Terhadap Hadis Berkaitan Wanita Dalam Baḥr Al-Mādhī: Meneliti Konsep Emansipasi Wanita

العنوان بلغة أخرى: Analysis of Hadith Related to Women in Baḥr Al-Mādhī: Examining the Concept of Women Emancipation
المصدر: مجلة الحديث
الناشر: الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور - معهد دراسات الحديث النبوي (إنهاد)
المؤلف الرئيسي: Hamisan, Nur Saadah (Author)
مؤلفين آخرين: Azeri, Nor Aniza Mad (Co-Author)
المجلد/العدد: ع25
محكمة: نعم
الدولة: ماليزيا
التاريخ الميلادي: 2023
الشهر: يونيو
الصفحات: 18 - 27
رقم MD: 1393693
نوع المحتوى: بحوث ومقالات
اللغة: غير معروف
قواعد المعلومات: IslamicInfo
مواضيع:
كلمات المؤلف المفتاحية:
Hadith | Emancipation | Malay Scholar | Women
رابط المحتوى:
صورة الغلاف QR قانون
حفظ في:
المستخلص: Baḥr al-Mādhī can be considered as one of the masterpieces of Malay Islamic manuscript written by Sheikh al-Marbawi (1896-1989) which was published in the early of 20th century. The hadith contained in this book covers various aspects including issues related to women. The study of women is still relevant to be discussed until today, not to mention that it has been debated for centuries through the jawi scriptures whether directly or indirectly. Therefore, this study aims to analyze the hadiths related to women contained in Baḥr al-Mādhī as well as examine the author's interpretation of the related hadiths. This study also examines the concept of women's emancipation through the Prophet's hadith because history has recorded that the arrival of Islam brought positive changes in defending women's rights. As a qualitative study, the methods applied are thematic analysis and content analysis to collect data and to analyze hadiths related to women. In Baḥr al-Mādhī, al-Marbawi has gathered 2783 hadiths that discuss various issues and problems, but this study only focuses on 30 hadiths related to women by looking at the status of hadiths and essence of the their contents based on the selected themes. The results of the study found that the author has contributed in empowering and supporting women's rights either subtly or clearly by making Islam, faith, and courtesy as the basis of human development.

Baḥr al-Mādhī boleh dianggap sebagai salah satu karya agung Melayu Islam yang ditulis oleh Syeikh al-Marbawi (1896-1989) dan telah diterbitkan pada awal abad ke-20. Hadis yang terkandung dalam kitab ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah isu yang berkaitan dengan wanita. Kajian mengenai wanita masih relevan untuk dibincangkan sehingga kini, apatah lagi ia telah dibahaskan berkurun lamanya melalui kitab jawi sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis hadis-hadis berkaitan wanita yang terkandung di dalam Baḥr al-Mādhī serta mengkaji interpretasi penulis terhadap hadis-hadis tersebut. Kajian ini juga meneliti konsep emansipasi wanita melalui hadis Nabawi kerana sejarah telah mencatatkan bahawa kedatangan Islam membawa perubahan yang positif dalam mempertahankan hak-hak wanita. Sebagai kajian kualitatif, metode yang digunakan adalah tematik analisis dan analisis kandungan bagi mengumpul data serta menganalisis hadis berkaitan wanita. Dalam Baḥr al-Mādhī, al-Marbawi telah mensyarahkan 2783 hadis yang membincangkan pelbagai isu dan masalah, namun kajian ini hanya memfokuskan kepada 30 hadis berkaitan wanita dengan melihat semula status dan intipati kandungan hadis berdasakan tema yang terpilih. Hasil kajian menemukan bahawa penulis memberi sumbangan dalam memperkasa dan menyokong hak-hak wanita sama ada secara halus mahupun jelas dengan menjadikan Islam, iman, dan ihsan sebagai asas pembangunan insan.